9.3 Alam Semesta

Galaksi


9.3 ALAM SEMESTA


A.  LUASNYA ALAM SEMESTA

1.      Alam semesta terdiri daripada galaksi dan semua jasad di angkasa lepas.

2.      Terdapat 10 000 juta galaksi dalam alam semesta

3.      Terdapat ruang yang besar di antara bintang dan di antara galaksi.

4.      Galaksi-galaksi ini bergerak menjauhi antara satu sama lain ,jadi alam semesta sentiasa berkembang.

5.      Sehingga sekarang, saintis tidak dapat menganggar saiz alam semesta.


B.  MEGHARGAI ALAM SEMESTA

1.      Kita harus menghargai susun atur dan keindahan alam semesta sebagai kurniaan Tuhan.

2.      Kita harus menyedari bahawa alam semesta ialah anugerah kepada kita daripada tuhan.



·      Matahri memberi kita cahaya dan cahaya matahari membolehkan tumbuhan hijau menghasilkan makanan untuk benda hidup yang lain di bumi.



3.      Bulan membentuk objek bercahaya yang cantik di langit pada waktu malam dan memberi inspirasi kepada penyair dan penulis.

4.      Tiada yang kekal dalam alam semesta,sama ada benda hidup atau benda bukan hidup.

5.      Galaksi sentiasa berubah-ubah.

6.      Bintang-bintang sentiasa terbentuk dan lenyap secara berterusan.

7.      Bumi mengalami perubahan setiap hari.