9.2 Bintang dan Galaksi
A. Bintang
1. Bintang ialah sebiji bola gas-gas panas semula jadi di angkasa yang membebaskan haba dan cahaya sendiri.
2. Sebahagian besar bintang biasanya terdiri daripada hidrogen dan helium.
3. Bintang mendapat haba dan cahayanya daripada tindak balas termonuklear. Tindak balas termonuklear ini berlaku apabila atom hidrogen sebutir bintang bergabung membentuk atom-atom helium. Proses ini membebaskan banyak haba dan cahaya.
4. Matahari ialah sejenis bintang yang paling dekat dengan kita.
5. Bintang-bintang ialah bola gas panas yang besar. Tetapi bintang ini kelihatan kecil kepada kita kerana jaraknya yang sangat jauh.
6. Jarak dari bintang ke bumi diukur dengan tahun cahaya.
7. Satu tahun cahaya ialah jarak pergerakan cahaya dalam masa satu tahun (cahaya bergerak pada kelajuan 300 000 km/s)
8. Dua bintang yang sangat cerah dan boleh dikenal dengan mudah ialah Sirius dan Rigel.
9. Pada zaman purba, pengembara menggunakan bintang untuk memandu mereka dalam perjalanan pengembaraan mereka merentasi gurun dan laut.
B. Pengelasan Bintang- Bintang
1. Bintang- bintang boleh dikelaskan bergantung kepada ciri-ciri seperti:
a. suhu dan warna
b. kecerahan
c. komposisi kimia
d. saiz
e. ketumpatan
2. Suhu dan warna
a. Suhu bintang mempengaruhi warnanya.
b. Bintang yang paling panas berwarna biru manakala yang paling sejuk berwarna merah.
3. Kecerahan
a. Bintang boleh dikelaskan bergantung kepada kecerahannya.
b. Bintang yang paling cerah, iaitu matahari mempunyai magnitud -26.5
c. Bintang yang paling pudar diberi magnitud +26.0
d. Semakin cerah sesuatu bintang, semakin rendah magnitudnya.
4. Komposisi kimia
a. Komposisi kimia bintang dpt ditentukan dgn menganalisa cahayanya menggunakan spektroskop.
b. Kebanyakan bintang terdiri daripada hidrogen dan helium.
c. Sesetengah bintang mengandungi unsur yang lain seperti besi dan karbon.
5. Saiz
a) Bintang
mempunyai saiz yang sangat berbeza.
b) Kerdil
putih adalah lebih kecil daripada bumi.
c) Raksasa
merah adalah kira-kira 100 kali lebih besar daripada matahari.
d) Super
raksasa adalah kira-kira 400 kali lebih besar daripada matahari.
6. Ketumpatan
a) Ketumpatan
bintang-bintang adalah sangat berbeza kerana saiznya.
b) Bintang
yang besar mempunyai ketumpatan yang rendah.
c) Pembentukan bintang bintang
c) Pembentukan bintang bintang
1. Bintang-bintang
terbentuk secara berterusan di angkasa.
2. Saintis
percaya bintang dibentuk daripada nebula.
3. Nebula
alah awan yang besar daripada debu dan gas,sebahagian besarnya hydrogen,di
angkasa lepas.
4. Debu
dan gas dalam nebula ini mengecut dan menjadi mampat akibat tarikan graviti
zarah-zarahnya.
5. Debu
dan gas termampat ini menjadi sangat panas dan tumpat sehingga suatu suhu yang
sangat tinggi dicapai .
6. Suhu
yang sangat panas ini menyebabkan tindak balas termonuklear berlaku. Dalam satu
tindak balas nuclear,atom hidrogen bergabung atau melakur bersama-sama untuk
membentuk atom helium.
· Tindak balas nuclear ini
menghasilkan jumlah haba dan cahaya yang sangat banyak. Jadi bola debu dan gas
tumpat termampat ini membebaskan habanya dan cahayanya. Oleh itu, satu bintang
terbentuk.
7. Satu
bintang mengambil masa jutaan tahun untuk terbentuk.
C. Kematian Bintang
1. Apabila
hidrogen dalam bintang habis digunakan , tindak balas nuklear dalam bintang akan berhenti.
2. Bintang
menjadi sejuk dan akhirnya mati.
3. Apabila
satu bintang mati, bintang itu akan meninggalkan:
a. Kerdil putih
b. Bintang
neutron
c. Lohong
hitam
4. Saiz
bintang yang mati menentukan jenis jasad yang akan ditinggalkan.
5. Kerdil
putih:
- Apabila bintang yang mempunyai saiz yang sama dengan matahari hamper habis menggunakan hidrogennya,lapisan hidrogen yang paling luar terbakar dengan sangat cergas dan menyebabkan bintang itu mengembang.
- Bintang itu menjadi merah dan dikenal sebagai raksasa merah.
- Lapisan sebelah luar raksasa merah ini tidak stabil dan meresap ke dalam angkasa.
- Gas-gas sebelah dalam runtuh dan membentuk teras hitam dikenal sebagai kerdil putih.
- Kerdil putih mempunyai saiz yang sama dengan bumi.
- Akhirnya, kerdil putih menyejuk dan tidak membebaskan haba dan cahaya. Kerdil putih menjadi kerdil hitam diangkasa.
a) Jika
bintang yang mati adalah kira-kira 10 kali saiz matahari, bintang ini
mengembang dan menjadi rakasasa merah.
b) Raksasa
merah yang terbentuk ini sangat besar.
c) Gas-gas
di sebelah dalam runtuh dengan cepat
sehingga gergasi merah ini meletup,menyebabkan letupan supernova.
d) Teras
bintang yang tertinggal menyusut dengan daya yang sangat kuat sehingga
elektron dan proton bergabung membentuk
neutron.
e) Bintang
yang tertinggal ini dikenal sebagai bintang neutron.
f) Bintang
neutron.
- Mempunyai jisim 1.5 sehingga 2.5kali jisim Matahari.
- Sangat tumpat(disebabkan oleh neotrony).
- Berputar dengan sangat cepat.
- Membebaskan denyutan gelombang electromagnet (olehsebab denyutan inilah bintang neutron juga dipanggil 'pulsar')
7. Lohong Hitam
a) Lohong
hitam terbentuk daripada raksasa merah yang sangat besar. Raksasa merah ini dipanggil
super raksasa.
b) Super
raksasa mempunyai saiz kira-kira 500 kali saiz matahari.
c) Letupan
super raksasa menyebabkan letupan supernova yang sangat kuat.
d) Teras
yang tertinggal inisangat tumpat dan daya gravitinya sangat kuat sehingga dapat
menarik cahaya.
e) Penarikan
cahaya oleh teras ini menyebabkan kawasan disekelilingnya menjadi
gelap.Mak,teras ini dipanggil lohong hitam.
f) Lohong
hitam tidak boleh dilihat tetapi kesannya dapat dikesan.
D. Galaksi
1.Galaksi ialah himpunan berjuta-juta bintang di angkasa lepas.
2.Bintang-bintang ini dalam galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi.
D. Galaksi
1.Galaksi ialah himpunan berjuta-juta bintang di angkasa lepas.
2.Bintang-bintang ini dalam galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi.
3.Galaksi-galaksi
boleh dikelaskan kepada bentuknya:
a) Pilin
b) Elips
c) Tidak
seragam
d) Pilin
berpalang
4. Galaksi Pilin.
4. Galaksi Pilin.
a) Contohnya
ialah Bima sakti dan Andromeda.
b) Galaksi pilin adalah sangat besar.
c) Mempunyai
pusat yang cerah dan tebal,dan menjadi niis pada hujungnya.
d) Pusatnya
mempunyai lebih banyak bintang yang lebih tua daripada bintang pada hujungnya.
5. Galaksi Elips
a) Jenis
galaksi yang paling umum.
b) Galaksi
elips adalah lebih kecil daripada galaksi pilin.
c) Mengandungi
bintang yang sangat tua.
d) Tidak
boleh membentuk bintang baharu kerana galaksi elips tidak lagi mempunyai debu
dan gas.
6. Galaksi tidak seragam.
a) Galaksi
jenis ini tidak banyak didapati.
b) Mempunyai
bentuk palang pada pusatnya.
7. Bima Sakti
a) Sistem
suria berada dalam galaksi yang dikenal sebagai Bima Sakti.
b) Bima
Sakti adaah galaksi pilin.
c) Mengandungi
kira-kira 10 000 juta bintang-bintang bersama-sama dengan debu dan gas.
d) Bima
Sakti ini sangat besar.
e) Sistem
Suria terletak ke arah pinggir galaksi ini.
f) Matahari
berputar dari barat ke timur dan pada masa yang sama , mengelilingi pusat Bima
Sakti.