9.1 Matahari


 

9.1 Matahari


A. Ciri-ciri matahari

a. Matahari ialah sejenis bintang. Matahari ialah bintang yang paling dekat dengan bumi.
b. Matahari adalah salah satu daripada berbilion bintang yang kelihatan pada waktu malam.
c. Matahari ialah pusat sistem suria.
d. Matahari ialah objek yang terbesar dalam sistem suria.
e. Matahari mempunyai daya tarikan graviti yang kuat kerana jisimnya yang besar.
f. Daya graviti ini menyebabkan planet-planet dan asteroid-asteroid dalam sistem suria mengelilingi matahari.

 

DATA BERKENAAN MATAHARI

CIRI-CIRI
FAKTA & RUPA BENTUK
Bentuk
Sfera
Saiz(diameter)
1.4 jta km(109 x diameter bumi)
Komposisi
Daripad jumlah jisim,76% hydrogen,22% helium,2% adalah besi,nikel,siliko, dan karbon.
Jisim
1.989 x 10 30 kg ( 330 000 x jisim bumi)
Ketumpatan
1.41 g cm (berbending dengan ketumpatan air)
Usia
Lebih kurang 4 500 juta tahun.
Jarak dari bumi
149 680 000 km
Daya graviti
28x graviti di bumi
Suhu perkumuhan
6 000    C
Suhu teras
15 – 20 juta


 B. Struktur Matahari

1. Matahari mempunyai atmosfera yang boleh dibahagikan kepada tiga lapisan, iaitu korona, kromosfera dan fotosfera.

Rajah 9.2 Struktur matahari


2.  Korona
a. Lapisan atmosfera matahari yang paling luar. Korona sebenarnya ialah lapisan gas mendidih daripada    matahari.
b. Meliputi kawasan sehingga beribu kilometer di angkasa.
c. Lapisan gas yang oaling pansa dalam atmosfera matahari, dengan suhu kira-kira 1 5000 000°C
d. Kawasan biru pudar keputihan dan hanya boleh dilihat semasa gerhana matahari.
e. Memancarkan sinar-X.


3. Kromosfera
a. Lapisan gas di bawah korona.
b. Kromosfera bermaksud sfera berwarna kerana warna merah jambunya.
c. Ketebalan lapisan gas ini kira-kira 5 000 km.
d. Suhu kromosfera boleh meningkat sehingga 50 000°C
e. Lapisan kromosfera hanya akan kelihatan semasa gerhana matahari kerana lapisan kromosfera itu tidak cerah.

4. Fotosfera
a. Lapisan gas berat yang boleh dilihat dari bumi sebagai permukaan cerah yang bercahaya.
b. Fotosfera bermaksud sfera bercahaya.
c. Mempunyai suhu kira-kira 6 000°C
d. Lapisan permukaan kelihatan sangat kasar kerana gas dari teras menggelegak melaluinya.
e. Nyalaan suria, prominen dan tompok matahari meletus dari permukaan fotosfera.


5. Teras
a. Teras terdiri daripada hidrogen dan helium di bawah tekanan yang tinggi.
b. Bahagian matahari yang paling panas dengan suhu kira-kira 15 000 000°C
c. Tindak balas termonuklear yang berterusan pada teras ini menjanakan haba dan cahaya matahari.


C. Fenomena Di Permukaan Matahari


1. Fenomena yang berlaku di permukaan matahari ialah:
    a. Tompok matahari
    b. Nyalaan suria
    c. Prominen

2. Tompok matahari
    a. Kawasan gelap di permukaan matahari kerana tompok matahari lebih sejuk daripada bahagian permukaan matahari yang lain.
   b. Tompok matahari akan hilang selepas beberapa jam atau beberapa minggu.
   c. Hal ini disebabkan medan magnet yang memperlahankan pancaran haba dari teras matahari.
   d. Ia mempunyai saiz yang berbeza dan sesetengahnya berdiameter beberapa ribu kilometer.
   e. Tompok matahari berlaku secara berpasangan.
   f. Dikesan bergerak melintasi permukaan matahari kerana matahari berputar dari barat ke timur. 



 Rajah 9.3 Tompok matahari


3. Nyalaan suria
a. Nyalaan suria ialah letusan cahaya dari permukaan matahari.
b. Nyalaan suria membebaskan banyak tenaga walaupun hanya berlangsung beberapa minit sehingga beberapa jam.
c. Suhu nyalaan suria boleh mencapai 5 000 000°C.
d. Nyalaan suria juga membebaskan zarah-zarah bercas ke angkasa lepas dan sebahagian zarah-zarah ini sampai ke bumi.


4.  Prominen
a. Prominen ialah awan-awan pembakaran hidrogen dan helium yang meletus dari permukaan matahari.
b. Awan gas-gas  panas ini akan kelihatan merah cerah dan melengkung dan mungkin boleh mencapai      ketinggian lebih 100 000 km.
c. Prominen mempunyai suhu 10 000°C
d. Gas-gas panas ini menjadi sejuk selepas beberapa ketika dan ditarik semula ke matahari oleh daya graviti     matahari. Pada masa yang sama, gas-gas ini terbebas ke angkasa lepas.
e. Gas yang terbebas akan membentuk angin suria.
d. Angin suria ini menyebabkan ekor sebuah komet menunjuk pergerakan menjauhi matahari.



D. Kesan Tompok Matahari, Nyalaan Suria dan Prominen  Ke Atas Bumi


1. Tompok matahari, nyalaan suria dan prominen di permukaan matahari memancar sinar-X, sinar ultralembayung, angin suria dan zarah-zarah elektrik bercas ke angkasa lepas.
2. Sebahagian daripada sinar-sinar dan zarah-zarah bercas ini sampai ke bumi dan memberi kesan kepada bumi.
3. Sinar-sinar dan zarah-zarah bercas ini mempengaruhi cuaca dan iklim di bumi.
4. Zarah-zarah yang bercas elektrik akan berlanggar dengan zarah-zarah di atmosfera bumi dan menyebabkan gangguan radio dan televisyen. 
5. Zarah-zarah yang bercas elektrik dipesong oleh medan magnet bumi ke arah kutub utara dan selatan. Hal   ini menghasilkan cahaya yang berwarna hijau, kuning, dan merah di langit kutub pada waktu malam. Cahaya berwarna ini dikenali sebagai aurora. 

E. Penjanaan Tenaga oleh Matahari


1. Matahari ialah sumber tenaga untuk seluruh sistem suria.
2. Tenaga dihasilkan oleh tindak balas termonuklear dalam teras matahari dengan keadaan suhu dan tekanan yang sangat tinggi.
3. Semasa tindak balas termonuklear dalam teras matahari, atom-atom hidrogen yang ringan bergabung membentuk atom-atom helium yang lebih berat dengan membebaskan tenaga haba dan cahaya dalam kuantiti yang sangat besar. 
4. Suhu yang dicapai dalam tindak balas ini adalah kira-kira 15 000 000°C
5. Tenaga yang dihasilkan dalam tindak balas ini dibawa dari teras ke permukaan matahari oleh sinaran dan perolakan.
6. Kebanyakan tenaga yang disinar dari matahari adalah dalam bentuk haba dan cahaya.
7. Apabila semua hidrogen dalam matahari habis digunakan, matahari akan menjadi satu jasad kecil yang sunyi di angkasa lepas.